BERJAYA dalam HIDUP...!!

Bismillah...


Bercerita tentang kehidupan, sangat subjektif untuk kita mengukur sebuah kejayaan dengan latar belakang seseorang. Paling aku ingat pepatah Inggeris "Don't judge the book by a cover..."

Dalam situasi kehidupan harian, aku juga tidak lari dari sebarang ujian yang diberi oleh Allah.Hanya ketabahan dan kecekalan menghadapi sesuatu itu menjadi pelindung.Namun kadang kala dalam meluahkan perasaan kepada Allah, aku secara tidak sengaja akan ada seseorang yang akan mendengar juga cerita yang sama.

Hal ini membuatkan aku teringat pada kawan aku Azemi...dia jugak la satu-satu kawan yang sampai sekarang panggil aku TOMboy...hmmm kenangan sekolah menengah menerjah seketika..

Walaupun Azemi setakat berkelulusan SPM, tapi kematangan dan nasihat yang baik dari dia, betul-betul membuat aku terasa sangat kagum! Aku bangga ader seorang kawan yang punya cita-cita tinggi... seperti kata-kata salah seorang yang sudah berjaya "bukan salah kita kalu lahir di dalam kemiskinan, tapi kita bersalah jika membiarkan diri kita hingga mati pun masih miskin.." kata Azemi dia mahu ubah nasib generasinya. Semoga Allah memberkati segala usaha dia.

MORAL:
Allah Maha-Adil, dengan memberi setiap manusia 2 nikmat..AKAL dan MASA. Mereka yang bijak mempergunakannya adalah mereka yang berjaya dalam hidup..dan sebaliknya.

No comments: