..SeSeKALi..

Bismillah.

Menulis diari keselesaan aku.
Membaca adalah cara aku mencari keselesaan.
Berdiam diri membuat aku di dalam keselesaan.
dan....

KESELESAAN adalah keinginan semua orang.


3 tahun sudah, aku kenal Ain dan Mell dua beradik anak kepada Uncle Allen dan Auntie Asriah.

Uncle Allen + Auntie Asriah
Sekeluarga
Aku suka ikut setiap perkembangan terbaru blog-blog mereka. Aku kagum dengan mereka sekeluarga.
Kadang- kadang hati cemburu pun ada dengan kebahagian keluarga mereka. Tapi, bila aku berfikir semula.. keluarga aku pun insyaAllah bahagia juga. Kehidupan sentiasa ada gembira dan dukanya..  
Bila aku rasa sedih..hilang keyakinan.. aku mula membaca setiap tulisan mereka di blog. Tak tahu kenapa, dan setiap kali aku membaca aku seperti terpujuk dengan luahan mereka. Mungkin kerana aku paling suka mereka mengaitkan kehidupan dengan jalan Islam dan mencari kejayaan di dunia. Sesungguhnya mereka sentiasa memberikan aku gambaran sebenar yang aku cari selama ini tentang kehidupan muslim yang perlu berjaya di dunia dan akhirat. Di dunia jangan Islam di pandang lemah dan hina kerana terkongkong dengan kata nama Islam. Itu hanya alasan manusia untuk tidak memperluaskan keterbukaan pemikiran mereka dalam mencari kemaslahatan dalam kehidupan sebagai seorang muslim.Itu pandangan aku, kalau korang x sependapat..itu terserah...manusia ada pemahaman masing-masing.

Tapi dalam masa itu juga, aku tidak mungkin lupa pada Upline aku YANA dan keluarga yang banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar.

Uncle Saiful + Auntie Rahimah
Sekeluarga 
(time ni yana dah ader pasangan nama dia Iman :)

Serius aku kata, aku rindu sangat nak bergiat aktif macam dulu-dulu buat Herbalife. Sekarang hidup belum stabil. InsyaAllah tahun depan aku fokus uat betul-betul dan jadi Supervisor. Aku nak buat dulu baru aku nak hubungi Upline aku..sebab aku malu..dulu mereka dah banyak tolong aku.

MOOD: Rindu
MOTIF: Tengah mencari semangat
HASIL: Bertemu kembali penjana kekuatan!!!!

Semoga Allah permudahkan urusan aku dan seluruh keluargaku. Ameen ya Rabb...!!