Berbeza Budaya :)

Hari ini aku pergi keluar makan malam bersama kumpulan kerja untuk model baru syarikat :) Hmmm biasalah syarikat milik Jepun mereka suke mengurngangkan tekanan dan merapatkan hubungan sekumpulan dengan pergi makan-makan.

Tapi kite juge yang banyak makan, mereka galak beramah mesra sesama ahli kumpulan. Satu perkara aku baru pelajari dari budaya kerja masyarakat Jepun x kira pangkat mereka. Satu, mereka memang sangat berdisiplin ketika kerja, tetapi mereka selalu bersuka ria selepas waktu bekerja. Nampak x ape yang aku kagum kat situ? Mereka sangat bijak mengurus kehidupan.. Pengunaan masa yang sangat efektif. Sebab tu negara mereka mudah maju kerana mereka telah didik dengan corak hidup yang tersusun. So, sebagai warganegara  Malaysia yang dapat pergi ke negara orang, seharusnya aku dapat mempraktikkan ape yang elok hasil pemerhatian aku di sana.


No comments: